[Tugas B.Indo] Hikayat Pengembara yang Lapar

15/12/13

NamaKelompok:
    1.    EkaSetyawati
    2.    Rani AyuFidiasih
    3.     ViolineAndita


    A.     Cerita Asli
PENGEMBARA YANG LAPAR

Tersebutlah kisah tiga orang sahabat, Kendi, Buyung dan Awang yang sedang mengembara. Mereka membawa bekalan makanan seperti beras, daging, susu dan buah-buahan. Apabila penat berjalan mereka berhenti dan memasak makanan. Jika bertemu kampung, mereka akan singgah membeli makanan untuk dibuat bekal dalam perjalanan.


Pada suatu hari, mereka tiba di kawasan hutan tebal. Di kawasan itu mereka tidak bertemu dusun. Mereka berhenti dan berehat di bawah sebatang pokok ara yang rendang. Bekalan makanan pula telah habis. Ketiga-tiga sahabat ini berasa sangat lapar,

“Hai, kalau ada nasi sekawah, aku akan habiskan seorang,” tiba-tiba Kendi mengeluh. Dia mengurut-ngurut perutnya yang lapar. Badannya disandarkan ke perdu pokok ara.“Kalau lapar begini, ayam panggang sepuluh ekor pun sanggup aku habiskan,” kata Buyung pula.“Janganlah kamu berdua tamak sangat dan bercakap besar pula. Aku pun lapar juga. Bagi aku, kalau ada nasi sepinggan sudah cukup,” Awang bersuara.Kendi dan Buyung tertawa mendengar kata-kata Awang.“Dengan nasi sepinggan, mana boleh kenyang? Perut kita tersangatlah lapar!” ejek Kendi. Buyung mengangguk tanda bersetuju dengan pendapat Kendi.

Perbualan mereka didengar oleh pokok ara. Pokok itu bersimpati apabila mendengar keluhan ketiga-tiga pengembara tersebut lalu menggugurkan tiga helai daun.Bubb! Kendi, Buyung dan Awang terdengar bunyi seperti benda terjatuh. Mereka segera mencari benda tersebut dicelah-celah semak. Masing-masing menuju ke arah yang berlainan.“Eh,ada nasi sekawah!” Kendi menjerit kehairanan. Dia menghadap sekawah nasi yang masih berwap. Tanpa berfikir panjang lalu dia menyuap nasi itu dengan lahapnya.“Ayam panggang sepuluh ekor! Wah, sedapnya!” tiba-tiba Buyung pula melaung dari arah timur. Serta-merta meleleh air liurnya. Seleranya terbuka. Dengan pantas dia mengambil ayam yang paling besar lalu makan dengan gelojoh.

Melihatkan Kendi dan Buyung telah mendapat makanan, Awang semakin pantas meredah semak. Ketika Awang menyelak daun kelembak, dia ternampak sepinggan nasi berlauk yang terhidang. Awang tersenyum dan mengucapkan syukur kerana mendapat rezeki. Dia makan dengan tenang.Selepas makan, Awang rasa segar. Dia berehat semula di bawah pokok ara sambil memerhatikan Kendi dan Buyung yang sedang meratah makanannya.

“Urgh!” Kendi sendawa. Perutnya amat kenyang. Nasi di dalam kawah masih banyak. Dia tidak mampu menghabiskan nasi itu. “Kenapa kamu tidak habiskan kami?” tiba-tiba nasi di dalam kawah itu bertanya kepada Kendi.“Aku sudah kenyang,” jawab Kendi.“Bukankah kamu telah berjanji akan menghabiskan kami sekawah?” Tanya nasi itu lagi.“Tapi perut aku sudah kenyang,” jawab Kendi.Tiba-tiba nasi itu berkumpul dan mengejar Kendi. Kawah itu menyerkup kepala Kendi dan nasi-nasi itu menggigit tubuh Kendi. Kendi menjerit meminta tolong.

Buyung juga kekenyangan. Dia cuma dapat menghabiskan seekor ayam sahaja. Sembilan ekor ayam lagi terbiar di tempat pemanggang. Oleh kerana terlalu banyak makan, tekaknya berasa loya. Melihat baki ayam-ayam panggang itu, dia berasa muak dan hendak muntah. Buyung segera mencampakkan ayam-ayam itu ke dalam semak.
“Kenapa kamu tidak habiskan kami?” tiba-tiba tanya ayam-ayam panggang itu.“Aku sudah kenyang,” kata Buyung. “Makan sekor pun perut aku sudah muak,” katanya lagi.Tiba-tiba muncul sembilan ekor ayam jantan dari celah-celah semak di kawasan itu. Mereka meluru ke arah Buyung.Ayam-ayam itu mematuk dan menggeletek tubuh Buyung. Buyung melompat-lompat sambil meminta tolong.

Awang bagaikan bermimpi melihat gelagat rakan-rakannya. Kendi terpekik dan terlolong. Buyung pula melompat-lompat dan berguling-guling di atas tanah. Awang tidak dapat berbuat apa-apa. Dia seperti terpukau melihat kejadian itu.Akhirnya Kendi dan Buyung mati. Tinggallah Awang seorang diri. Dia meneruskan semula perjalanannya.Sebelum berangkat, Awang mengambil pinggan nasi yang telah bersih. Sebutir nasi pun tidak berbaki di dalam pinggan itu.“Pinggan ini akan mengingatkan aku supaya jangan sombong dan tamak. Makan biarlah berpada-pada dan tidak membazir,” kata Awang lalu beredar meninggalkan tempat itu.

    B.     Terjemahan
PENGEMBARA YANG LAPAR

Ada kisah tiga orang sahabat, Kendi, Buyung dan Awang yang sedang mengembara. Mereka membawa perbekalan makanan seperti beras, daging, susu dan buah-buahan. Apabila lelah berjalan mereka berhenti dan memasak makanan. Jika bertemu kampung, mereka akan singgah membeli makanan untuk dibuat bekal dalam perjalanan.

Pada suatu hari, mereka tiba di kawasan hutan tebal. Di kawasan itu mereka tidak bertemu dusun atau kampung. Mereka berhenti dan beristirahat di bawah sebatang pohon ara yang rindang. Bekal makanan juga sudah habis. Ketiga sahabat ini kelaparan.

“Hai, kalau ada nasi sebakul, aku akan habiskan sendiri,” tiba-tiba Kendi mengeluh. Dia memegangi perutnya yang lapar. Badannya disandarkan ke batang pohon ara.“Kalau lapar begini, ayam panggang sepuluh ekor pun sanggup aku habiskan,” kata Buyung juga.“Janganlah kamu berdua tamak dan berkata sembarangan. Aku juga lapar. Bagiku, kalau ada nasi sepiring sudah cukup,” kata Awang.Kendi dan Buyung tertawa mendengar kata-kata Awang.“Dengan nasi sepiring, mana bisakenyang? Perut kita sangat lapar!” ejek Kendi. Buyung mengangguk tanda setuju dengan pendapat Kendi.

Pembicaraan mereka didengar oleh pohon ara. Pohon itu bersimpati mendengar keluhan ketiga pengembara tersebut lalu menggugurkan tiga helai daun.Bubb! Kendi, Buyung dan Awang terdengar bunyi seperti benda terjatuh. Mereka segera mencari benda tersebut dicelah-celah semak. Masing-masing menuju ke arah yang berlainan.“Eh,ada nasi sebakul!” Kendi menjerit keheranan. Dia menghampiri sebakul nasi yang masih beruap. Tanpa berfikir panjang dia memakan nasi itu dengan lahapnya.“Ayam panggang sepuluh ekor! Wah, sedapnya!” tiba-tiba Buyung pula berteriak dari arah timur. Serta-merta meleleh air liurnya. Seleranya terbuka. Dengan cepat dia mengambil ayam yang paling besar lalu memakannya dengan semangat.

Melihat Kendi dan Buyung telah mendapat makanan, Awang semakin cepat mengacak ngacak semak-semak. Ketika Awang membuka daun kelembak, dia melihat sepiring nasi dan lauk yang terhidang. Awang tersenyum dan mengucapkan syukur kerana mendapat rezeki. Dia makan dengan tenang.Selepas makan, Awang merasa segar kembali. Dia beristirahat lagi di bawah pohon ara sambil memperhatikan Kendi dan Buyung yang sedang menikmati makanannya.

“Urgh!” Kendi sendawa. Perutnya amat kenyang. Nasi di dalam bakul masih banyak. Dia tidak mampu menghabiskan nasi itu. “Kenapa kamu tidak habiskan kami?” tiba-tiba nasi di dalam bakul itu bertanya kepada Kendi.“Aku sudah kenyang,” jawab Kendi.“Bukankah kamu telah berjanji akan menghabiskan kami sebakul?” Tanya nasi itu lagi.“Tapi perut aku sudah kenyang,” jawab Kendi.Tiba-tiba nasi itu berkumpul dan mengejar Kendi. Bakul itu menyergap kepala Kendi dan nasi-nasi itu menggigit tubuh Kendi. Kendi menjerit meminta tolong.

Buyung juga kekenyangan. Dia hanya bisa menghabiskan seekor ayam saja. Sembilan ekor ayam lagi dibiarkan di tempat pemanggang. Karena terlalu banyak makan, tenggorokannya berasa loya. Melihat baki ayam-ayam panggang itu, dia merasa eneg dan mau muntah. Buyung segera meninggalkan ayam-ayam itu di dalam semak semak. “Kenapa kamu tidak habiskan kami?” tiba-tiba tanya ayam-ayam panggang itu.“Aku sudah kenyang,” kata Buyung. “Makan seekor pun perut aku sudah eneg,” katanya lagi.Tiba-tiba muncul sembilan ekor ayam jantan dari celah-celah semak di kawasan itu. Mereka meluru ke arah Buyung.Ayam-ayam itu mematuk dan menggeletek tubuh Buyung. Buyung melompat-lompat sambil meminta tolong.

Awang bagaikan bermimpi melihat tingkah teman-temannya. Kendi memekik dan melolong. Buyung juga melompat-lompat dan berguling-guling di atas tanah. Awang tidak bisa berbuat apa-apa. Dia seperti terpukau melihat kejadian itu.Akhirnya Kendi dan Buyung mati. Tinggallah Awang seorang diri. Dia meneruskan perjalanannya.Sebelum berangkat, Awang mengambil piring nasi yang telah bersih. Sebutir nasi pun tidak ada di dalam piring itu.“Piring ini akan mengingatkan aku supaya jangan sombong dan tamak. Makanlah secukupnya dan jangan mubadzir,” kata Awang lalu pergi meninggalkan tempat itu.

    C.    Kata-kata yang ada di hikayat namun jarang bahkan tak terpakai dalam cerita biasa

1. Tersebutlah = Terdapat
2. Bekalan = perbekalan
3. Dusun= Kampung
4. Berehat=Beristirahat
5. Sekawah = Sebakul
6. Perdu= Batang
7. Pokok = Pohon
8. Tamak = Rakus
9. Bercakapbesar =Sombong
10. Sepinggan = Sepiring
11. Melaung= Berteriak
12. Rendang =Rindang
13. Perbualan = Pembicaraan
14. Gelojoh = Semangat
15. Menyerkup = Menyergap

    D.    Unsur –Unsur Intrinsik

·         Tema :KisahPengembara
·         Judul : Pengembara yang Lapar
·         Alur : Maju
·         Watak :
§  Kendi :SerakahdanSombong
§  Buyung :SerakahdanSombong
§  Awang :TidakSerakah, TidakSombong, SelaluBersyukur
·         Latar : di dalam hutan di bawah pohon ara dan di semak semak
·         Amanat :
§  Jangan tamak dan jangan rakus
§  Jangan mengikuti hawa nafsu
§  Selalu bersyukur
§  Jangan mubadzir

    E.     Kesamaan dengan kehidupan sehari hari

·         Biasanya saat kita merasa lapar, kita pasti berfikir akan bisa menghabiskan makanan dalam jumlah besar, padahal itu hanya nafsu saja.

·         Jangan lupa bersyukur atas rezeki yang telah diberi oleh-Nya

1 opini:

Unknown mengatakan...

makasih postingan nya membantu bgt :)

Posting Komentar